NIK AMIRAH NIK ZULKIFLI
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) menganjurkan program kejohanan futsal yang berjaya menarik seramai 150 peserta terdiri daripada 15 pasukan.
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ, Ahmad Shukri Yusoff berkata, kejohanan futsal tersebut diadakan sebagai salah satu strategi kempen bagi menarik generasi muda untuk membayar zakat.
“Ini merupakan kali pertama pihak PPZ menganjurkan kempen seperti ini bagi menarik golongan muda selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama Islam.
“PPZ sentiasa bersedia melakukan penambahbaikan bagi memudahkan urusan bayaran zakat kepada para pelanggan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Kejohanan Futsal PPZ di sini hari ini.
Tambah beliau, program kejohanan futsal tersebut juga merupakan satu medium dakwah santai bersama sahabat zakat dan aktiviti mendedahkan generasi muda untuk lebih mengetahui tentang kewajipan berzakat.
Dalam pada itu Ahmad Shukri berkata, para pelanggan boleh membuka akaun zakat dengan bayaran serendah RM10 dan golongan yang menjadi sasaran adalah mereka yang berusia 40 tahun ke bawah.
“Chatbox antara pembaharuan yang pihak PPZ-MAIWP lakukan yang mana para pelanggan dapat bertanya dengan menggunakan aplikasi Facebook dan WhatsApp.
Untuk Siaran Utusan Malaysia 19/8/18
No comments:
Post a Comment