KUALA LUMPUR 1 Julai - Seramai 13 pelajar daripada pasukan Putra Motorsport Team (PMT), Universiti Putra Malaysia (UPM) bakal mewakili Malaysia dalam pertandingan Student Formula Japan 2018 (SFJ), awal Ogos ini.
Ketua Projek Dr. Mohd. Khairol Anuar Mohd. Ariffin berkata, penglibatan PMT dalam pertandingan SFJ buat kali kedua itu mampu mendedahkan pelajar dari segi aspek teknikal, pengurusan dan sebagainya dalam pertandingan lumba kereta.
“Ini merupakan kali kedua PMT menyertai SFJ dan kali pertama pada 2016 yang mempertaruhkan Jebat sebagai taruhan.
“SFJ 2018 bakal mempertaruhkan Lekir sebagai taruhan yang mana kereta ini dicipta lebih ringan iaitu seberat 250 kilogram berbanding Jebat 393 kilogram. Lekir melalui proses peningkatan prestasi dari segi casis, kawalan kebuk dan kawalan tayar,” katanya selepas pelancaran Projek Lekir di Fakulti Kejuruteraan, di sini hari ini.
Putra Motorsport Team (PMT) adalah satu pasukan yang ditubuhkan khas oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan bagi memastikan keberlangsungan aktiviti sukan bermotor dapat dijalankan di UPM.
Sementara itu, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Dr. Zulkiflle Leman berkata, projek tersebut mampu mencungkil bakat dan kebolehan pelajar selain mempraktikkan pembelajaran secara amali.
“Diharapkan PMT dapat mengharumkan nama negara dalam SFJ 2018 dengan ciptaan Lekir, sekurang-kurangnya di tangga 50 terbaik.
“Pihak universiti sentiasa memberi sokongan sepenuhnya kepada PMT agar berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa dan projek seperti ini akan diteruskan pada masa depan,” katanya.
Utusan Malaysia siaran 31/07/2018
Blog ini diwujudkan bagi menyampaikan berita-berita menarik untuk tatapan dan menjadi bahan bacaan santai pengunjung.
Monday, 30 July 2018
Sunday, 29 July 2018
Kerajaan perlu lebih konsisten tangani isu PTPTN
KUALA LUMPUR 20 Julai- Penangguhan bayaran balik Pinjaman Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) kerajaan Pakatan Harapan (PH) di gesa perlu lebih konsisten dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Perak, Hasnul Fairuz Hushin Amri berkata, kerajaan perlu meneliti dan lebih konsisten dalam menyampaikan maklumat agar tidak mengelirukan peminjam.
“Kerajaan perlu lebih berhati-hati dalam penyampaian maklumat bagi mengelakkan peminjam keliru dan boleh menjejaskan pemahaman individu berkenaan isu ini.
“Kerajaan juga di minta membuat kajian signifikan sebelum menyatakan sesuatu keputusan dan kajian perlu didedahkan untuk makluman awam.” katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam perjanjian penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjaman gaji bawah RM4,000.
Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Ahmad Saparuddin Yusop berkata, perkara asas yang perlu ditekankan adalah keupayaan peminjam untuk membuat bayar balik pinjaman.
“Pihak kerajaan seharusnya melaksanakan kajian impak secara komprensif bagi memastikan ianya dapat dilaksanakan secara efektif tanpa memberi bebanan kewangan yang tinggi kepada pihak kerajaan tatkala negara berhadapan dengan krisis hutang seperti yang diperkatakan oleh pemimpin tertinggi negara sebelum ini.
“Kerajaan baharu juga perlu beri yang terbaik untuk masyarakat dalam melaksanakan tanggunjawab untuk mentadbir negara supaya di masa hadapan kelak tidak menyusahkan mana-mana pihak khususnya rakyat. katanya.
Siaran 20 Julai 2018, Utusan Malaysia

Perkasa sistem pendidikan negara bukan kasut hitam

KUALA LUMPUR 21 Julai - Pemakaian kasut hitam dalam kalangan pelajar sekolah dikuatkuasakan bermula tahun depan seperti diumumkan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bukan isu utama yang perlu diberikan perhatian.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, beliau mendukung keputusan Menteri Pendidikan itu yang membenarkan pelajar sekolah memakai kasut hitam dan keputusan itu bukanlah isu utama yang perlu diperbesarkan.
“Semua pihak perlu berlaku adil kepada Dr. Maszlee yang mengutarakan isu tersebut dalam forum Bicara Minda Bersama Menteri Pendidikan baru-baru ini. Isu kasut hitam bukan merupakan perkara utama.
“Namun sebagai ibu bapa kepada pelajar di sekolah kebangsaan, saya #TeamKasutHitam,” katanya menerusi Twitter beliau hari ini.
Keputusan Kementerian Pendidikan untuk membenarkan memakai kasut berwarna hitam disambut dengan pelbagai reaksi oleh masyarakat khususnya ibu bapa.
Keputusan itu menggembirakan mereka memandangkan tugas untuk membersihkan kasut berwarna hitam lebih mudah.
Sementara itu, Presiden iGuru, Mohd. Azizee Hassan berkata, cadangan Menteri Pendidikan itu disambut baik dengan menyeragamkan kasut berwarna hitam kepada semua pelajar, namun berharap menumpukan keutamaan kepada perkara bersifat fundamental dalam meneraju pendidikan negara.
“Sistem pendidikan negara perlu diberikan keutamaan dengan pembaikan prasarana sekolah luar bandar, meningkatkan sistem pembelajaran dan disiplin murid serta memperkasa sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan ibu bapa.
“Teliti semula isu beban beg sekolah pelajar yang menjadi rungutan ibu bapa dan isu beban tugas guru yang perlu ditangani dengan segera,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd. Azizee berharap agar Menteri Pendidikan dapat memastikan kurikulum pendidikan negara ditambah baik dengan dasar baharu yang memberi manfaat kepada sistem pendidikan negara sekali gus memartabatkan bahasa Melayu sebagai wadah penyatuan bangsa dan perpaduan kaum.
Siaran Utusan Malaysia 21/07/18
PIUC tawar kursus peringkat Ijazah
PIUC tawar kursus peringkat Ijazah
NOTA:PEMASARAN-WAJIB COVER
KUALA LUMPUR 29 Julai- Kolej Universiti Antarabangsa Picoms (PIUC) bakal menawarkan kursus diperingkat ijazah bermula awal September ini.
Ketua Pegawai Eksekutif PIUC, Datuk Dr. Mohamad Zubir Sheikh Saad berkata, dengan adanya kursus diperingkat ijazah ini jelas membuktikan pihak Picoms komited dalam melahirkan lebih ramai graduan yang berkualiti menjelang pada masa hadapan.
“Tiga kursus baharu diperingkat ijazah bakal diperkenalkan awal September ini bagi kursus Kesihatan Keselamatan Pekerjaan, Perniagaan dan Pengurusan sumber manusia.
“Pengambilan pelajar diperingkat ijazah akan bermula pada awal September dan diteruskan sehingga Julai tahun hadapan”. katanya ketika menghadiri Hari Pendaftaran Terbuka PIUC di Kampus Induk PIUC di sini, hari ini.
Mohamad Zubir menambah, PIUC yang mempunyai empat buah kampus di Kuala Lumpur menawarkan 12 kursus kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperingkat diploma antaranya, diploma dalam bidang perubatan, sumber manusia serta pengurusan hotel.
“Pelbagai kursus yang PIUC bakal tawarkan diperingkat ijazah khususnya tetapi buat masa ini hanya tiga kursus sahaja yang ditawarkan.
“PIUC juga bercadang menawarkan kursus pengajian Quran dan Hadis bagi mengambil kira program dibawah Jakim dengan kadar kos pengajian yang minima”. katanya.
Siaran Utusan Malaysia 30/07/18

Thursday, 19 July 2018
RM42,000 ditawarkan dalam Larian Antarabangsa Menara KL
Acara larian Menara Kuala Lumpur Towerthon Challenge edisi ke-18 yang bertemakan ‘Road To Glory’ akan berlangsung pada 19 Ogos ini bertempat di Menara Kuala Lumpur.
Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (Menara Kuala Lumpur), Datuk Rozlan Mohamed berkata, acara tahunan ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada peserta yang ingin menguji kekuatan fizikal dan mental mereka.
“Perlumbaan akan bermula dari kawasan parkir terbuka dan peserta perlu mendaki sejauh 800 meter ke lobi utama dan seterusnya memanjat 2,058 anak tangga hingga ke Dewan Bankuet Megaview yang terletak di aras 288 meter Menara Kuala Lumpur.
“Semoga tahun ini lebih ramai peserta akan lebih kompetitif untuk memecahkan rekod yang tercipta sebelum ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Setelah 16 tahun penganjuran, acara berpestij ini menjadi acara sukan lasak utama Menara Kuala Lumpur dan sekali gus mempromosikan lokasi itu sebagai destinasi lawatan wajib bagi aktiviti lasak, kebudayaan dan aktiviti alam semulajadi.
Rozlan turut menambah, istimewanya acara larian tahun ini ialah, peserta Elite dan professional dalam kategori terbuka lelaki akan dilepaskan terlebih dahulu untuk bersaing sesama mereka.
“Kira-kira 100 peserta dengan catatan masa yang terbaik akan memenangi kemeja T ‘FINISHER’ istimewa.
“Peserta tempatan yang mencatatkan masa terpantas bagi kategori terbuka lelaki dan wanita bakal dibawa bertanding ke luar negara dan kos akan ditanggung sepenuhnya oleh Menara Kuala Lumpur.
Acara ini dibuka kepada 3,000 peserta dalam enam kategori yang bakal membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM42,000 dan wang tunai tambahan sebanyak RM2,000 setiap seorang bagi yang berjaya mencatatkan rekod masa terbaik.
Petikkan dari Utusan Malaysia Siaran 19/07/18

SST Tidak Telus
KUALA LUMPUR 19 Julai- Kerajaan di gesa teliti semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan bermula 1 September ini.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, Pelaksanaan ini bakal memberikan implikasi buruk kepada struktur ekonomi negara khususnya golongan yang berpendapatan rendah (B40).
“Pihak kerajaan perlu lebih telus sebelum membuat keputusan dan kerajaan perlulah mengadakan sebuah perbincangan yang komprehensif dengan mana-mana jawatankuasa yang berkenaan.
“SST tidak seharusnya diwujudkan dan GST hanya perlu penambahbaikkan bukan dihapuskan. Dengan kadar 10 peratus di kira sangat membebankan. Mungkin dengan penambahbaikkan perlu dilakukan dari segi kadar cukai GST yang sebelum ini enam peratus diturunkan pada dua atau tiga peratus.” katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Pelaksanaan SST sebanyak 10 peratus bermula 1 September ini di jangka meningkat berbanding semasa pelaksanaan GST sebanyak enam peratus sebelum ini.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan harus menitikberatkan mekanisme yang perlu di ambil bagi membendong permasalahan ini.
“Penguatkuasaan perlu giat dijalankan bagi memantau peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati. Pengguna juga perlu memainkan peranan dalam membenteras hal ini dan jadilah pengguna yang bijak.
“Peniaga juga perlu jujur dalam menjalankan urusan jual beli dan dinasihatkan untuk tidak mengambil kesempatan ini untuk menaikkan harga barangan.” katanya.
Petikkan dari Utusan Malaysia siaran 20 Julai 2018

Monday, 16 July 2018
Atasi harga rumah mahal
Harga rumah yang kian melambung tinggi pada masa kini menjadi penghalang khususnya golongan muda khususnya dan yang berpendapatan rendah untuk memilik rumah sendiri.
Anggaran harga bagi seunit rumah adalah dalam lingkungan RM100,000 hingga Rm 500,000 yang mana pemohon perlu mempunyai pendapatan isi rumah di antara Rm2,500 hingga Rm 8,000 sebulan memohon.
Jurutera syarikat swasta, Mohd Sukri. Sapie berkata, kenaikan harga rumah pada masa kini sangat membebankan rakyat. Pihak kerajaan perlu memandang serius perkara ini agar boleh di selesaikan dengan secepat yang mungkin.
“Sampai bila hidup mahu menyewa? memiliki rumah sendiri adalah idaman setiap orang. Tetapi untuk membeli rumah buat masa kini adalah sangat mustahil dengan harga yang sangat tinggi.
“Ada yang terpaksa berkerja keras untuk mengumpul wang untuk membeli rumah tetapi hari semakin hari harga rumah semakin melambung tinggi dan sampai bila pun rakyat tidak mampu membeli rumah.” katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin bahawa KPKT akan meneliti semula permohonan pembeli rumah mampu milik golongan bumiputera yang di tolak oleh institusi kewangan.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, masalah ini tiada kesudahannya. Di harap kerajaan dapat menimbang tara masalah ini dengan teliti.
“Di minta bubar dasar-dasar yang di kira tidak munasabah dan semak semula dasar perumahan negara. Di gesa membina rumah yang mampu di miliki oleh rakyat.
“Cadangkan menetapkan harga syiling bagi rumah mampu milik pada harga RM500,000 sangat membebankan rakyat. Penetapan harga syiling ini perlu di kaji dengan lebih mendalam supaya tidak membebankan rakyat khususnya golongan bumiputera.” jelasnya.
Azih Muda menambah, Seharusnya pihak kerajaan menetapkan harga syiling dengan kadar yang lebih murah dan mampu di miliki oleh semua iaitu sebanyak RM90,000 hingga RM120,000 bukan RM500,000.
Petikkan dari Utusan Malaysia 17 Julai 2018

Sunday, 15 July 2018
Wujudkan pusat jagaan kanak-kanak komuniti
NURUL NAJIIHAH JAMALUDDIN dan NIK AMIRAH NIK ZULKIFLI
Pihak kerajaan disarankan untuk mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak komuniti yang berdekatan dengan tempat tinggal berbanding tempat kerja.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, langkah tersebut dilihat mampu menangani masalah ibu bapa selain menjana pendapatan kepada komuniti setempat itu sendiri.
“MEF mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak yang berhampiran dengan kediaman mereka dan yuran yang dikenakan mestilah munasabah dan berpatutan.
“Pusat jagaan kanak-kanak komuniti ini juga diuruskan oleh penduduk setempat yang telah diberikan kursus penjagaan kanak-kanak dan yang bertauliah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semalam yang menyasarkan semua agensi kerajaan dapat mewujudkan pusat penjagaan kanak-kanak masing-masing menjelang 1 Januari tahun depan.
Timbalan Menterinya, Hannah Yeoh berkata, kementerian akan membuat audit di semua agensi kerajaan dalam masa terdekat bagi memastikan semua agensi tersebut mempunyai pusat jagaan terutama mereka yang bekerja secara syif.
Mengulas lanjut Shamsuddin berpendapat, penubuhan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja tidak sesuai berikutan ia akan membebankan para majikan dan juga boleh menurunkan prestasi pekerja khususnya pekerja dalam kalangan wanita.
“Dengan adanya pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja, ibu-ibu dibimbangi tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap tugasan yang mereka lakukan.
“Pihak kerajaan perlu meneliti kesan penubuhan pusat jagaan kanak-kanak ini khususnya kepada sektor swasta,” katanya.
Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengalu-alukan tindakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja.
Bagaimanapun menurut Presidennya, Datuk Azih Muda, jabatan-jabatan atau agensi-agensi berkenaan perlu dikenakan syarat tertentu sebelum dibenarkan mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak.
“Pusat jagaan kanak-kanak ini perlu diwajibkan untuk kedua-dua sektor kerajaan dan swasta. Jika pihak swasta tidak dapat memenuhinya, pihak CUEPACS dan MEF perlu berunding bagi mencari jalan penyelesaian dengan pihak majikan berkaitan perkara ini,” katanya.
Petikkan dari Utusan Malaysia 6 Julai 2018

Naik had umur supaya lebih matang
Kerajaan perlu meneliti semula had umur yang dibenarkan untuk berkahwin kepada 20 tahun bagi lelaki dan 18 tahun bagi perempuan supaya mereka lebih matang dan lebih bertanggungjawab dalam menjalani kehidupan seharian.
Presiden Persatuan Wanita Inspirasi Negara Malaysia (WIN), Norhimah Aziz berkata, ketidakmatangan menyebabkan ada yang mencari jalan untuk keluar daripada kemiskinan dengan berkahwin.
“Tidak menolak poligami dalam pembentukan institusi kekeluargaan tetapi untuk perlu layak dari segi umur dan mempunyai keupayaan mental dan fizikal. Isu kemiskinan perlu dibanteras kerana ada yang mencari jalan untuk keluar daripada kemiskinan dengan perkahwinan.
“Naikkan had umur syarat perkahwinan bagi lelaki 18 tahun kepada 20 tahun dan perempuan 16 tahun kepada 18 tahun. Secara logiknya, ia bagi membentuk kematangan pasangan yang ingin berkahwin pada usia muda dan yakin mereka mampu bertanggungjawab untuk menguruskan rumah tangga dengan lebih sempurna sekali gus menghindari perkahwinan dalam kalangan kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas kes seorang peraih getah yang berkahwin dengan kanak-kanak berusia 11 tahun dan telah didenda RM1,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah di atas dua pertuduhan iaitu berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran.
Hakim Syarie, Mohd. Surbaineey Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap Che Abdul Karim Che Hamid, 41, selepas mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut, semalam.
Dalam pada itu, Profesor Undang-undang Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Noor Aziah Mohd. Awal berkata, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membina institusi kekeluargaan.
Sehubungan itu, jelasnya, ibu bapa perlu diberi pendedahan awal tentang perkahwinan kanak-kanak dan implikasinya kepada institusi kekeluargaan.
“Sebagai ibu bapa, mereka perlulah memahami keperluan dan keinginan anak-anak mereka. Peranan masyarakat juga sangat penting dalam mengelak kejadian seperti ini berulang kembali pada masa yang akan datang.
“Undang-undang sedia ada lengkap dan hanya perlu ditambah baik. Pihak kerajaan diminta mengkaji lebih terperinci dengan melihat segala aspek yang boleh memberi impak negatif kepada institusi kekeluargaan,” jelasnya.
Petikkan dari Utusan Malaysia 10 Julai 2018

Da’i Pendakwah Nusantara musim keenam tampil kelainan
KUALA LUMPUR 12 Julai – Program realiti TV3, Da’i Pendakwah Nusantara kembali lagi untuk musim keenam dengan menampilkan sebanyak 10 peserta bersama tenaga pengajar baharu.
Menariknya, Da’i musim ini turut menampilkan peserta yang datang dari latar belakang pendidikan perakaunan dan sains tulen.
Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3, Siti Nurlisia Mohd. Nadzri berkata, kelainan yang dibawa pada musim kali ini diharap akan mampu menarik lebih ramai penonton untuk sama-sama menghayati pengertian Islam.
“Da’i Pendakwah Nusantara telah bersiaran selama lima musim dan telah melahirkan ramai pendakwah dalam kalangan generasi muda. Diharapkan untuk musim yang keenam ini dapat melahirkan lebih ramai pendakwah yang berkaliber.
“Barisan peserta pada musim ini terdiri dari pelbagai latar belakang yang berbeza dan tidak hanya terhad dalam bidang agama sahaja,” katanya dalam sidang akhbar memperkenalkan peserta di sini semalam.
Sementara itu, Pengasas Almas Beauty & Health (Almas) yang merupakan penaja utama program ini, Datin Maziah Mohamed berkata, ini merupakan tahun ketiga pihaknya bekerjasama dengan stesen televisyen swasta tersebut.
“Kami sangat berbesar hati kerana Almas terus menjadi penaja utama bagi program Da’i Pendakwah Nusantara musim keenam.
“Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat melahirkan lebih ramai lagi pendakwah muda yang bakal menjadi contoh kepada anak-anak remaja yang lain,” katanya.
Untuk musim ini, Datuk Rosyam Nor masih dikekalkan sebagai pengacara manakala Datuk Mohd. Zawawi Yusoh sebagai mursyid.
Program ini menawarkan wang tunai sebanyak RM60,000 sebagai hadiah utama.
Episod pertama Da’i Pendakwah Nusantara yang akan bersiaran setiap hari Jumaat pukul 8 malam akan bermula pada 20 Julai ini.
Petikkan dari Utusan Malaysia 12/07/18
Gagal pupuk perpaduan boleh jejas ekonomi negara
Kegagalan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama dikhuatiri boleh menjejaskan pembangunan sosioekonomi negara.
Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, semua pihak tanpa mengira agama, bangsa dan budaya wajib mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi menangani isu tersebut.
“Semua rakyat perlu memahami isu perpaduan agar mereka tidak mempolitikkan perkara tersebut.
“Selain itu, pihak berkuasa perlu bersikap lebih serius dalam menangani masalah ini dengan menguatkuasakan larangan menimbulkan isu perkauman, bangsa dan agama,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Semalam, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-249 Hari Yang Pertama di Istana Negara bertitah, usaha mengembalikan perpaduan dalam kalangan rakyat wajib dilaksanakan selepas mereka dilihat berpecah semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Sementara itu, Pensyarah Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Universiti Islam Malaysia Cyberjaya (UIM), Prof. Dr. Muhammad Bukhari Lubis berkata, pendidikan awal adalah penting bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.
Menurut beliau, setiap rakyat juga perlu menghormati budaya, agama dan bangsa masing-masing bagi mengelakkan perpaduan yang telah sekian lama dibina terjejas.
“Pendidikan merupakan tunjang utama kepada perpaduan. Pendidikan haruslah dititikberatkan kepada semua pihak.
“Setiap rakyat juga haruslah berfikiran rasional dan sentiasa menghormati sesama kita,” jelasnya.
Muhammad Bukhari menambah, kejayaan sebuah negara bergantung kepada kekuatan perpaduan dalam kalangan rakyatnya maka adalah satu kemestian bagi setiap pihak untuk memberi tumpuan terhadap usaha menyatupadukan penduduk secara berterusan.
Petikkan dari Utusan Malaysia 12 Julai 2018

Tuesday, 10 July 2018
Pengalaman Menjadi Wartawan
![]() |
Sumber: google |
Mungkin ramai yang beranggapan kerjaya sebagai seorang wartawan lebih kelihatan glamor dan senang. Walaupun kerjaya ini kelihatan menyeronokkan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh seseorang yang bergelar wartawan. Ini antara senarai keseronokkan menjadi dan bergelar seorang wartawan.
1. Pengalaman yang tidak dapat ditandingi. Menjadi seorang wartawan yang berwibawa mestilah sentiasa menepati masa, komited dengan kerja dan tanggungjawab. Ini kerana kerjaya ini memerlukan seseorang itu menumpukan sepenuhnya masa untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan segera kepada pembaca dan penonton.
2. Kerjaya ini lebih menyeronokkan bila mana anda dapat bertemu dan berbual dengan orang-orang yang terkenal dan berpengaruh. Menjadi seorang wartawan semestinya anda akan berjumpa dengan perdana menteri, ahli-ahli politik dan ramai lagi bagi mendapatkan maklumat.
3. Tugas wartawan untuk menyampaikan berita-berita yang terkini dan maklumat yang tepat kepada pembaca dan penonton. Jadi seorang wartawan perlulah bertanggungjawab dalam mencari dan menyebarkan maklumat yang tepat dan benar. (Bukan senang sebenarnya untuk menjadi seorang wartawan)
4. Sebagai seorang wartawan yang biasa bertemu dan sentiasa segar dengan idea-idea penulisan mereka haruslah pandai menarik perhatian orang ramai dan maklumat yang disampaikan betul dan tepat.
5. Mengejar masa (Deadline) Kerjaya ini memerlukan anda berkerja menjadi seorang yang pantas dan sentiasa bersedia. Deadline yang ditetapkan untuk sesuatu berita haruslah ditepati dan perlu disampaikan kepada pembaca dan penonton dengan kadar segera. Maka ketangkasan seseorang itu sangatlah perlu dalam kerjaya ini.
6. Cadangan idea yang menarik antara satu sebab menjadi wartawan menjadi begitu menyeronokkan. Setiap penulisan mempunyai keunikkan yang tersendiri dan ianya bergantung kepada idea si pengarang yang membina idea untuk pembaca dan penonton. Cetusan idea yang menarik dapat diketengahkan kepada editor untuk mereka pertimbangkan sama ada idea itu boleh di guna pakai atau pun tidak sesuai di guna pakai.
Oleh itu, kerjaya sebagai seorang wartawan bukan hanya nampak glamor dan berpestij tetapi ianya mengambil pelbagai aspek penting. Kerjaya sebagai seorang wartawan ini sangat penting kerana tanpa wartawan kita mungkin hidup seperti "Katak di bawah tempurung".
Subscribe to:
Posts (Atom)