Blog ini diwujudkan bagi menyampaikan berita-berita menarik untuk tatapan dan menjadi bahan bacaan santai pengunjung.
Sunday, 15 July 2018
Da’i Pendakwah Nusantara musim keenam tampil kelainan
KUALA LUMPUR 12 Julai – Program realiti TV3, Da’i Pendakwah Nusantara kembali lagi untuk musim keenam dengan menampilkan sebanyak 10 peserta bersama tenaga pengajar baharu.
Menariknya, Da’i musim ini turut menampilkan peserta yang datang dari latar belakang pendidikan perakaunan dan sains tulen.
Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3, Siti Nurlisia Mohd. Nadzri berkata, kelainan yang dibawa pada musim kali ini diharap akan mampu menarik lebih ramai penonton untuk sama-sama menghayati pengertian Islam.
“Da’i Pendakwah Nusantara telah bersiaran selama lima musim dan telah melahirkan ramai pendakwah dalam kalangan generasi muda. Diharapkan untuk musim yang keenam ini dapat melahirkan lebih ramai pendakwah yang berkaliber.
“Barisan peserta pada musim ini terdiri dari pelbagai latar belakang yang berbeza dan tidak hanya terhad dalam bidang agama sahaja,” katanya dalam sidang akhbar memperkenalkan peserta di sini semalam.
Sementara itu, Pengasas Almas Beauty & Health (Almas) yang merupakan penaja utama program ini, Datin Maziah Mohamed berkata, ini merupakan tahun ketiga pihaknya bekerjasama dengan stesen televisyen swasta tersebut.
“Kami sangat berbesar hati kerana Almas terus menjadi penaja utama bagi program Da’i Pendakwah Nusantara musim keenam.
“Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat melahirkan lebih ramai lagi pendakwah muda yang bakal menjadi contoh kepada anak-anak remaja yang lain,” katanya.
Untuk musim ini, Datuk Rosyam Nor masih dikekalkan sebagai pengacara manakala Datuk Mohd. Zawawi Yusoh sebagai mursyid.
Program ini menawarkan wang tunai sebanyak RM60,000 sebagai hadiah utama.
Episod pertama Da’i Pendakwah Nusantara yang akan bersiaran setiap hari Jumaat pukul 8 malam akan bermula pada 20 Julai ini.
Petikkan dari Utusan Malaysia 12/07/18
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment