Tuesday, 10 July 2018

Pengalaman Menjadi Wartawan


Sumber: google 


Mungkin ramai yang beranggapan kerjaya sebagai seorang wartawan lebih kelihatan glamor dan senang. Walaupun kerjaya ini kelihatan menyeronokkan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh seseorang yang bergelar wartawan. Ini antara senarai keseronokkan menjadi dan bergelar seorang wartawan. 

1. Pengalaman yang tidak dapat ditandingi. Menjadi seorang wartawan yang berwibawa mestilah sentiasa menepati masa, komited dengan kerja dan tanggungjawab. Ini kerana kerjaya ini memerlukan seseorang itu menumpukan sepenuhnya masa untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan segera kepada pembaca dan penonton. 

2. Kerjaya ini lebih menyeronokkan bila mana anda dapat bertemu dan berbual dengan orang-orang yang terkenal dan berpengaruh. Menjadi seorang wartawan semestinya anda akan berjumpa dengan perdana menteri, ahli-ahli politik dan ramai lagi bagi mendapatkan maklumat. 

3. Tugas wartawan untuk menyampaikan berita-berita yang terkini dan maklumat yang tepat kepada pembaca dan penonton. Jadi seorang wartawan perlulah bertanggungjawab dalam mencari dan menyebarkan maklumat yang tepat dan benar. (Bukan senang sebenarnya untuk menjadi seorang wartawan)

4. Sebagai seorang wartawan yang biasa bertemu dan sentiasa segar dengan idea-idea penulisan mereka haruslah pandai menarik perhatian orang ramai dan maklumat yang disampaikan betul dan tepat. 

5. Mengejar masa (Deadline) Kerjaya ini memerlukan anda berkerja menjadi seorang yang pantas dan sentiasa bersedia. Deadline yang ditetapkan untuk sesuatu berita haruslah ditepati dan perlu disampaikan kepada pembaca dan penonton dengan kadar segera. Maka ketangkasan seseorang itu sangatlah perlu dalam kerjaya ini. 

6. Cadangan idea yang menarik antara satu sebab menjadi wartawan menjadi begitu menyeronokkan. Setiap penulisan mempunyai keunikkan yang tersendiri dan ianya bergantung kepada idea si pengarang yang membina idea untuk pembaca dan penonton. Cetusan idea yang menarik dapat diketengahkan kepada editor untuk mereka pertimbangkan sama ada idea itu boleh di guna pakai atau pun tidak sesuai di guna pakai. 

Oleh itu, kerjaya sebagai seorang wartawan bukan hanya nampak glamor dan berpestij tetapi ianya mengambil pelbagai aspek penting. Kerjaya sebagai seorang wartawan ini sangat penting kerana tanpa wartawan kita mungkin hidup seperti "Katak di bawah tempurung". 


No comments:

Post a Comment