Sunday, 29 July 2018

Kerajaan perlu lebih konsisten tangani isu PTPTN

KUALA LUMPUR 20 Julai- Penangguhan bayaran balik Pinjaman Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) kerajaan Pakatan Harapan (PH) di gesa perlu lebih konsisten dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Perak, Hasnul Fairuz Hushin Amri berkata, kerajaan perlu meneliti dan lebih konsisten dalam menyampaikan maklumat agar tidak mengelirukan peminjam.

“Kerajaan perlu lebih berhati-hati dalam penyampaian maklumat bagi mengelakkan peminjam keliru dan boleh menjejaskan pemahaman individu berkenaan isu ini.

“Kerajaan juga di minta membuat kajian signifikan sebelum menyatakan sesuatu keputusan dan kajian perlu didedahkan untuk makluman awam.” katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam perjanjian penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjaman gaji bawah RM4,000.

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Ahmad Saparuddin Yusop berkata, perkara asas yang perlu ditekankan adalah keupayaan peminjam untuk membuat bayar balik pinjaman.

“Pihak kerajaan seharusnya melaksanakan kajian impak secara komprensif bagi memastikan ianya dapat dilaksanakan secara efektif tanpa memberi bebanan kewangan yang tinggi kepada pihak kerajaan tatkala negara berhadapan dengan krisis hutang seperti yang diperkatakan oleh pemimpin tertinggi negara sebelum ini.

“Kerajaan baharu juga perlu beri yang terbaik untuk masyarakat dalam melaksanakan tanggunjawab untuk mentadbir negara supaya di masa hadapan kelak tidak menyusahkan mana-mana pihak khususnya rakyat. katanya.

Siaran 20 Julai 2018, Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment