Thursday, 19 July 2018

SST Tidak Telus

KUALA LUMPUR 19 Julai- Kerajaan di gesa teliti semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan bermula 1 September ini.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, Pelaksanaan ini bakal memberikan implikasi buruk kepada struktur ekonomi negara khususnya golongan yang berpendapatan rendah (B40).

“Pihak kerajaan perlu lebih telus sebelum membuat keputusan dan kerajaan perlulah mengadakan sebuah perbincangan yang komprehensif dengan mana-mana jawatankuasa yang berkenaan. 

“SST tidak seharusnya diwujudkan dan GST hanya perlu penambahbaikkan bukan dihapuskan. Dengan kadar 10 peratus di kira sangat membebankan. Mungkin dengan penambahbaikkan perlu dilakukan dari segi kadar cukai GST yang sebelum ini enam peratus diturunkan pada dua atau tiga peratus.” katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Pelaksanaan SST sebanyak 10 peratus bermula 1 September ini di jangka meningkat berbanding semasa pelaksanaan GST sebanyak enam peratus sebelum ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan harus menitikberatkan mekanisme yang perlu di ambil bagi membendong permasalahan ini.

“Penguatkuasaan perlu giat dijalankan bagi memantau peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati. Pengguna juga perlu memainkan peranan dalam membenteras hal ini dan jadilah pengguna yang bijak.

“Peniaga juga perlu jujur dalam menjalankan urusan jual beli dan dinasihatkan untuk tidak mengambil kesempatan ini untuk menaikkan harga barangan.” katanya.

Petikkan dari Utusan Malaysia siaran 20 Julai 2018

No comments:

Post a Comment