Sunday, 29 July 2018

PIUC tawar kursus peringkat Ijazah

PIUC tawar kursus peringkat Ijazah

NOTA:PEMASARAN-WAJIB COVER


KUALA LUMPUR 29 Julai- Kolej Universiti Antarabangsa Picoms (PIUC) bakal menawarkan kursus diperingkat ijazah bermula awal September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PIUC, Datuk Dr. Mohamad Zubir Sheikh Saad berkata, dengan adanya kursus diperingkat ijazah ini jelas membuktikan pihak Picoms komited dalam melahirkan lebih ramai graduan yang berkualiti menjelang pada masa hadapan.

“Tiga kursus baharu diperingkat ijazah bakal diperkenalkan awal September ini bagi kursus Kesihatan Keselamatan Pekerjaan, Perniagaan dan Pengurusan sumber manusia.

“Pengambilan pelajar diperingkat ijazah akan bermula pada awal September dan diteruskan sehingga Julai tahun hadapan”. katanya ketika  menghadiri Hari Pendaftaran Terbuka PIUC di Kampus Induk PIUC di sini, hari ini.

Mohamad Zubir menambah, PIUC yang mempunyai empat buah kampus di Kuala Lumpur menawarkan 12 kursus kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperingkat diploma antaranya, diploma dalam bidang perubatan, sumber manusia serta pengurusan hotel.

“Pelbagai kursus yang PIUC bakal tawarkan diperingkat ijazah khususnya tetapi buat masa ini hanya tiga kursus sahaja yang ditawarkan.

“PIUC juga bercadang menawarkan kursus pengajian Quran dan Hadis bagi mengambil kira program dibawah Jakim dengan kadar kos pengajian yang minima”. katanya.

Siaran Utusan Malaysia 30/07/18

No comments:

Post a Comment